KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
FAKULTI AKEDEMIK PENGAJIAN ISLAM
DIPLOMA SYARIAH ISLAMIYYAH
SEMESTER 4
FIQH MUNAKAHAT (SYR 3073)
TAJUK : PERNIKAHAN MISYAR DAN PANDANGAN MAZHAB
FIQH TERHADAPNYA
(
https://rimalamka.blogspot.my)
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD AKMAL BIN MOHD AMIR
(D1510478)
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ SUHAIMI BIN ABU HASAN
ISI KANDUNGAN
BIL
|
SENARAI
|
MUKA
SURAT
|
1
|
PENGHARGAAN
|
1
|
2
|
PENDAHULUAN
|
2
|
3
|
PENGERTIAN
PERKAHWINAN MISYAR
|
3
– 4
|
4
|
PERBEZAAN ANTARA PERKAHWINAN MISYAR DENGAN
PERKAHWINAN YANG LAIN
|
5
- 6
|
5
|
HUKUM
PERKAHWINAN MISYAR DALAM PERBAHASAN FIQH KONTEMPORARI
|
6
- 9
|
6
|
PUNCA
BERLAKU NIKAH MISYAR
|
10
|
7
|
KOMENTAR HUJAH DAN PENDALILAN GOLONGAN PERTAMA
|
11
- 14
|
8
|
PANDANGAN
YANG RAJIH DALAM PERKAHWINAN MISYAR
|
15
|
9
|
SOAL JAWAB MENGENAI ISU PERNIKAHAN MISYAR OLEH USTAZAH
SITI NORBAYAH MAHAMOOD DAN MOHAMMAD NIDZAM ABDUL KADIR
|
16
- 18
|
10
|
KESIMPULAN
|
19
|
11
|
RUJUKAN
|
20
|
PENGHARGAAN
Assalamu’alaikum w.b.t
Alhamdulillah, dipanjatkan syukur ke hadrat ilahi
kerana dengan izin-nya, kerja kursus yang bertajuk “PERNIKAHAN MISYAR DAN
PANDANGAN MAZHAB FIQH TERHADAPNYA” berjaya disiapkan dalam tempoh yang diberi. Dengan itu saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek iaitu Ustaz Suhaimi Bin
Abu Hasan. Dengan dorongan dan tunjuk ajar beliau dapat saya menyelesaikan
kerja kursus ini dengan mudah.
Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada
rakan-rakan kerana telah memberi kerjasama dengan baik samada dari segimasa,
kewangan mahupun buah fikiran. Semoga bantuan yang dihulurkan mendapat keberkatan
dari-nya. Harapan saya semoga tugasan ini boleh dijadikan bahan rujukan ringkas
untuk difahami ramai.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam memberi kerjasama kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Saya
juga ingin memohon ribuan kemaafan seandainya ada kekurangan dan juga kesilapan
yang tidak disengajakan yang berlaku sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu juga
datang dari Allah atas sebab kelalaian diri saya sendiri.
Sekian,
terima kasih.
PENDAHULUAN
Pernikahan merupakan salah satu
momentum yang sangat penting dalam kehidupan manusia di dunia manapun. Dalam
Islam sendiri pernikahan diistilahkan dengan sebuah ungkapan yang kaya makna,
yakni Mithaq Ghalidan (ikatan yang sangat
kuat), hal ini menandakan bahwa Allah Swt. ingin menegaskan bahwa pernikahan
merupakan ikatan pertalian yang sakral antara lawan jenis untuk membentuk rumah
tangga yang sakinah.
Di dalam Islam terdapat beberapa
macam jenis pernikahan yang dapat dikatakan sebagai bentuk pernikahan yang
“tidak umum” yang hingga saat ini masih diperdebatkan hukumnya oleh para ulama,
di antaranya adalah pernikahan misyar. Pernikahan misyar adalah sebuah bentuk
pernikahan dimana wanita itu tidak menuntut hak yang sepatutnya diperoleh dalam
pernikahan, iaitu nafkah lahir. Wanita tersebut telah mengambil haknya terhadap
lelaki yang mahu menikahinya dan wanita tersebut hanya menuntut nafqah batin
saja.
Maklumat mengenainya hanya
diperolehi menerusi akhbar harian Malaysia Berita Harian, bertarikh 15 Mei
2006. Dalam akhbar yang sama, pada 19 Mei 2006 terdapat sedikit ulasan
mengenainya pada ruang Bicara Kalbu.[1]
Nikah ini merupakan satu perkahwinan
yang telah diluluskan oleh pihak berkuasa kerajaan Arab Saudi menerusi Perhimpunan
Perundangan Islam yang berpusat di kota Makkah yang membenarkan lelaki
bermazhab Sunni berkahwin dengan seseorang perempuan tanpa tinggal bersama-sama
isterinya dan tidak bertanggungjawab penuh berkaitan dengan saraan hidup
isterinya (nafqah).
PENGERTIAN PERKAHWINAN
MISYAR
Terdapat
pelbagai takrif yang diberikan oleh ulama’ hari ini mengenai pengistilahan
perkahwinan misyar.
Kebanyakkan takrif yang diberikan oleh mereka ini dengan merujuk kepada dua
perkara. Yang pertama, istilah misyar adalah satu
terminologi baru. Orang yang bertanya kepada mufti tentang hal ini akan
mentafsirkannya dengan pelbagai tafsiran, maka fatwa yang diputuskan mengikut
kadar ketentuan soalan. Yang kedua, perselisihan para ulama’ terhadap
kesan perbuatan ini bagi golongan yang menghadapinya ke atas hukum yang dibuat
pada persoalan yang timbul.
Berasaskan
kepada dua perkara ini maka para ulama’ hari ini membuat takrif istilah bagi
perkahwinan misyar. Antaranya
ialah Prof. Dr. Yusuf al-Qardawi, menyatakan dalam takrifannya, “Ia
adalah perkahwinan yang syar’ei tetapi berbeza dengan perkahwinan yang
biasa sifatnya, iaitu adanya persetujuan isteri bagi mengabaikan beberapa
haknya ke atas suami sebagai contoh bahawa dia tidak akan menuntut daripada suaminya
seperti nafkah, hak bermalam sekiranya lelaki yang ingin dikahwini telah pun
berkahwin. Kebiasaannya perkahwinan misyar berlaku kepada perkahwinan kedua
atau ketiga dengan erti kata lain berlaku ke atas lelaki yang berpoligami. Isu
yang paling menonjol dalam perkahwinan yang disifatkan misyar ini ialah seorang
perempuan (isteri) dengan kerelaan daripada dirinya sendiri untuk diabaikan
beberapa haknya ke atas suaminya. Inilah pemahaman ku terhadap perkahwinan
misyar.”
Selain itu, Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili pula
dalam takrifnya, “Perkahwinan misyar adalah perkahwinan yang sempurna
segala rukun dengan adanya ijab dan qabul daripada pihak suami dan isteri
bersama dengan kehadiran wali yang adil dan dua orang saksi yang juga adil dan
siqah. Semua mereka ini terdiri daripada kalangan lelaki Muslim yang baligh
serta berakal. Namun, perempuan (isteri) dengan kerelaan daripada dirinya
sendiri bersetuju melepaskan dua perkara daripada haknya ke atas suami iaitu
giliran bermalam dan nafkah. Pengabaian ini mesti didaftarkan kepada pihak
berwajib bagi menjaga hak-hak isteri serta sangat kuat makruhnya sekiranya ia
disembunyikan.”[2]
Seterusnya, Syeikh Abdullah bin Muni’ Anggota Jawatan
Kuasa Majlis Ulama’ Arab Saudi serta Qadhi Makkah al-Mukarramah dalam takrifnya,
“Bahawasanya perkahwinan ini adalah perkahwinan yang sempurna segala
rukunnya, syarat-syaratnya, perkahwinan yang sempurna ijab dan qabulnya dan
dengan syarat-syaratnya yang maklum iaitu reda daripada kedua belah pihak,
adanya wali, saksi, kafa’ah, mahar yang telah dipersetujui ke atasnya, dan ia
tidak sah melainkan dengan menjauhi segala tegahan syariah. Akad perkahwinan
seumpama ini, akan memberikan segala hak perkahwinan ke atas pasangan iaitu sah
keturunannya, pewarisan, ‘iddah, al-talaq, jima’, tempat tinggal,
nafkah, dan lain-lain dari segala hak dan kewajipan suami isteri. Melainkan
perkahwinan ini, kedua-dua pasangan telah reda dan bersetuju ke atas pengabaian
beberapa hak isteri seperti, bermalam atau giliran, di mana terserah kepada
suami bila dia mahu menziarahi isterinya yang dinikahi secara misyar, pada
bila-bila waktu, hari atau malam yang diingini oleh suami.”
Akhir sekali, Prof. Dr. Ahmad al-Hajj dalam
takrifnya, “Satu perkahwinan yang berlaku antara pasangan lelaki dan
perempuan yang baligh dan berakal serta halal menurut syarak untuk berlakunya
akad perkahwinan, adanya mahar, saksi yang berkelayakan, tetapi isteri
bersetuju dengan beberapa kelonggaran haknya ke atas suami seperti bermalam
melainkan sedikit dan tidak memberikan nafkah yang layak baginya ke atas
suaminya sama ada ia dinyatakan sebagai syarat ketika akad, atau syarat yang
ditetapkan secara ‘urf atau perihal keadaan tertentu.”
PERBEZAAN ANTARA PERKAHWINAN MISYAR DENGAN PERKAHWINAN YANG LAIN
Yang
pertama, pernikahan misyar dan pernikahan syar’ei. Penelitian
pada takrif istilah yang dibuat oleh para ilmuwan hari ini terhadap
perkahwinan misyar, maka perbezaan yang akan kita peroleh ialah adanya
syarat yang menyatakan bagi menggugurkan hak nafkah kehidupan dan tempat tinggal
bagi isteri, dengan erti kata lain tidak ada keperluan kehidupan bagi isteri ke
atas suami. Maka segala keperluan isteri itu adalah di rumah isteri sendiri
menurut cita rasanya sendiri tanpa penglibatan suami.Kesan dari akad seumpama
ini, memerlukan kepada penelitian dan penyelidikan dari aspek hukum kerana ia
melibatkan tujuan dan maksud mensyariatkan perkahwinan dalam Islam.
Yang kedua, pernikahan misyar dan pernikahan ‘urfi. Kedua-dua
perkahwinan ini adalah merupakan perkahwinan yangsyar’ei kerana sempurna
segala rukun dan syaratnya. Pernikahan ‘urfiberlaku dalam masyarakat Islam
selama 13 kurun yang lalu. Penjenamaan akad perkahwinan ini dengan
istilah ‘urfi setelah pihak kerajaan mewajibkan pendaftaran perkahwinan
di mahkamah syariah atau pejabat khas yang menguruskan urusan perkahwinan.Oleh
itu, kekurangan yang terjadi antara dua perkahwinan ini ialah pada prosedur
pendaftaran perkahwinan kepada pihak yang berwajib setelah ia dikuatkuasakan
oleh pemerintah sehingga ke hari ini sedangkan perkahwinan ‘urfi tidak
terdapat prosedur pendaftaran. Sedangkan dari sudut hakikat berlakunya akad
perkahwinan secara syar’ei ia tetap berlaku pada kedua-dua
jenis akad ini. Perbezaan sebenarnya berlaku pada kesan akad perkahwinan iaitu
mensabitkan hak nafkah dan bermalam bagi isteri ke atas suami dalam
perkahwinan ‘urfi sedangkan ia tidak terjadi pada
perkahwinan misyar. Namun perbezaan ini tidaklah menjadikan
perkahwinan misyar itu tidak boleh berlaku secara ‘urfibahkan
ia boleh terjadi sekiranya akad perkahwinan tadi tidak didaftarkan pada pihak
yang berkenaan.
Yang ketiga, pernikahan misyar dan
pernikahan sirr (secara rahsia). Pernikahan
secara rahsia tanpa kehadiran saksi dan hebahan adalah batal menurut ijma’
ummah. Adapun yang dibuat secara rahsia tetapi ijab dan qabul berlaku secara
sempurna dengan adanya saksi dan wali cuma ia berlaku secara rahsia atas
kehendak pasangan, saksi dan wali, maka perkahwinan seumpama ini adalah sah dan
sabit hak nafkah dan bermalam.Pernikahan misyar yang
berlaku secara rahsia tanpa kehadiran saksi dan wali adalah terbatal. Adapun
kalau dilakukan dengan adanya saksi dan wali, tidak ada seorang para ulama’
hari ini yang mengharuskannya kerana ia mesti berlaku secara terang-terangan.
Ini adalah kerana bertambahnya kecacatan pada pernikahan misyar iaitu
secara rahsia.
HUKUM
PERKAHWINAN MISYAR DALAM PERBAHASAN FIQH KONTEMPORARI
Terdapat perselisihan pendapat di
kalangan para fuqaha’ masa kini terhadap jenis perkahwinan ini. Ada tiga
pandangan yang paling utama dalam masalah ini. Yang pertama ialah Ibahah secara
mutlak dan ada yang mengatakan ‘Ibahah Ma’a al-Karahah.Yang kedua, haram dan ditolak oleh
syarak. Yang ketiga, tawaqquf.
Pandangan pertama:‘Ibahah secara mutlak dan ada yang mengatakan‘Ibahah
Ma’a al-Karahah.Mereka yang mengatakan sedemikian, secara jelas menyatakan
bahawa mereka tidak menyukai jenis perkahwinan ini, ada yang menerangkan secara
terperinci keburukan dan kecacatannya bagi menunjukkan kebencian mereka
terhadap jenis perkahwinan ini dari diamalkan dan disebarkan dalam masyarakat.
Antara mereka ini ialah Prof. Dr. Yusuf al-Qardawi. Beliau pernah
menyatakan bahawa: “Aku bukanlah antara orang yang menyukai jenis
perkahwinan ini. Aku juga tidak berkhutbah di khalayak manusia mengenai isu ini
dan tidak menulis dalam mana-mana artikel secara khusus mengenainya. Aku hanya
sekadar menjawab soalan yang ditanyakan oleh wartawan mengenai perkahwinan ini
dan aku hanya menjawab sekadar yang ditanya. Setengah golongan mengatakan ianya
makruh dan aku bersamanya, aku berpandangan hukumnya mubah Ma’a
al-Karahah. Kami tidak mengatakan ianya wajib, atau halal tetapi ia adalah
suatu yang tidak disukai dan tidak mustahab.”Syeikh Abdullah bin Muni’
Anggota Jawatan Kuasa Majlis Ulama’ Arab Saudi serta Qadhi Makkah al-Mukarramah
juga mempunyai pandangan yang sama. Menurut Prof. Dr. Wahbah
al-Zuhaili ketika menerangkan pandangannya menyatakan: “Perkahwinan ini
adalah tidak digalakkan oleh syarak, kerana ia gagal menjanakan maqasid
al-Shari’ah dalam perkahwinan seperti ketenangan jiwa, pasangan yang baik,
zuriat dan menjaga keluarga dengan sebaik-baiknya dan pendidikan serta
pengajaran yang bijaksana.”Inilah juga pandangan Syeikh al-Azhar Muhammad
SyedTantawi. Prof. Dr. Ahmad al-Hajj
al-Kurdi dan Dr. Mahmud Abu Lail mereka berdua berpandangan bahawa perkahwinan
ini adalah sah kerana semua syarat yang difardukan sempurna. Adapun sama ada ia
makruh atau tidak bergantung kepada keadaan dan pelaksanaannya.
HUJAH DAN PENDALILAN
Yang pertama, kesemua mereka ini berpandangan bahawa akad perkahwinan ini adalah akad
yang sempurna segala rukun dan syarat-syarat perkahwinan. Oleh kerana itu ia
merupakan akad perkahwinan yang sahih yang boleh menetapkan segala hak-hak
perkahwinan antara kedua-dua pasangan.
Yang
kedua, terdapat riwayat dalam Al-Sunnah Nabawiyyah Ummul Mukminin Saudah r.a.
telah memberikan harinya kepada Rasulullah s.a.w. ke atas Aisyah r.a. dan hadis
ini terdapat dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim. Daripada Aisyah r.a.
katanya: “Aku tidak melihat seorang perempuan yang lebih kasih kepada
ku dalam pemberiannya iaitu Saudah binti Zam’ah. Ketika aku telah dewasa dia
telah menjadikan harinya bersama Rasulullah s.a.w. untuk Aisyah r.a. Dia
(Saudah) berkata: Wahai Rasululllah, aku telah jadikan hariku daripada kamu
untu Aisyah.” Maka Rasulullah s.a.w. telah memberi giliran kepada
Aisyah r.a. sebanyak 2 hari iaitu satu hari sememangnya baginya dan satu hari
lagi hari yang dikurniakan oleh Saudah r.a.Hadis ini menunjukkan adalah
daripada hak isteri untuk menggugurkan haknya yang dikurniakan syarak baginya
seperti giliran dan nafqah.
Yang
ketiga, perkahwinan jenis ini ada banyak kebaikan dan maslahahnya. Ia dapat
memenuhi keperluan fitrah seorang wanita yang perlukan kepada pasangan hidup
untuk menjaga dan menjamin maruah diri dan keselamatannya. Perkahwinan ini juga
boleh mengurniakannya zuriat keturunan.
Yang
keempat, sebahagian para ulama’ daripada kalangan kumpulan ini mengatakan syarat
untuk menggugurkan beberapa hak isteri itu boleh diabaikan, dan isteri bila-bila
masa boleh menuntut semula hak tersebut jika mereka mahukannya.
Pandangan kedua: Haram dan ditolak oleh syarak.
Perkahwinan misyar adalah
menolak dan menafikan maksud tujuan perkahwinan. Bukanlah maksud perkahwinan
hanya untuk memenuhi keperluan seks sahaja bahkan tujuannya lebih tinggi dan
mulia dari itu. Perkahwinan disyariatkan adalah untuk kemaslahatan diri,
masyarakat dan agama sedangkan misyar tidak dapat
menjadikan semua maslahah ini sebagai satu kenyataan. Perkahwinan adalah untuk
menyemai perasaan kasih sayang, ketenangan, memelihara keturunan manusia, dan
semuanya ini boleh menjadi kenyataan dengan melaksanakan segala hak dan
kewajipan yang perlu dari akad perkahwinan yang sahih.
Kaedah perkahwinan misyar adalah
bertentangan dengan peraturan perkahwinan yang disyariatkan oleh Islam. Apabila
kita membuat penelitian terhadapnya maka akan kita dapati tiada satu keadaan
pun perkahwinan jenis ini bersesuaian dengan kehendak perkahwinan yang
disyariatkan.Akad perkahwinan ini disertai dengan syarat-syarat yang
bertentangan dengan Maqasid al-Shari’ah dalam
perkahwinan iaitu pengabaian hak isteri pada nafkah dan perhubungan yang baik
antara suami isteri. Suatu akad dibuat adalah di atas maksud tujuannya
bukan hanya pada bentuk perlaksanaannya sebagaimana pada kaedah yang telah
dinyatakan sebelum ini. Maka syarak tidak membenarkan perkahwinan cinda buta
walaupun dari sudut pelaksanaannya mengikut shari’ah, syarak tidak membenarkan
jual beli pada waktu solat Jumaat walaupun sempurna segala rukun dan syarat
jual beli dan tidak boleh menjual anggur kepada seorang yang diketahui tujuan
maksudnya untuk dijadikan arak walau pun segala syarat dan rukun ditepati dan
banyak contoh-contoh yang lain.
Perkahwinan misyar akan membawa kepada
kefasadan dan kemudaratan yang lebih. Ia akan menjadikan penetapan kadar mahar
menjadi tidak menentu, menjadikan golongan suami seorang yang tidak
bertanggungjawab dan tidak mempedulikan urusan keluarga dan ia akan dijadikan
alat oleh golongan yang mengikut hawa nafsu untuk memenuhi kehendak nafsu
mereka kerana perkahwinan menjadi mudah tanpa ada tanggungjawab yang mesti
ditunaikan.Perkahwinan ini akan menjadikan golongan lelaki yang suka mengambil
kesempatan terhadap wanita terutama sekali bagi mereka yang hanya memandang
wanita hanya untuk tujuan seks sahaja. Keadaan ini akan lebih mudah untuk kita
lihat dalam suasana sosial masyarakat yang sudah rosak pada hari ini.Pensyaratan
untuk menggugurkan hak nafkah dan bermalam dalam perkahwinan misyar adalah
sebab menjadikan terbatalnya akad perkahwinan ini.
Pandangan ketiga: Tawaqquf. Ini
bermaksud terdapat sebahagian ulama’ yang masih belum jelas bagi mereka hukum
perkahwinan misyar dan memerlukan lebih kepada penelitian dan kajian.
Maka mereka enggan menyatakan sebarang hukum tentang perkahwinan ini.
Antara mereka ialah, Syeikh Muhammad Soleh Uthaimin dan Dr. Umar bin Sa’ud
Profesor di Kuliah Usuluddin Universiti Imam Muhammad bin Sa’ud.
PUNCA BERLAKU NIKAH MISYAR
Yang pertama, pasangan
yang masih belajar. Seorang pelajar belum mampu untuk menyara hidup isterinya
atau menyediakan tempat tinggal untuknya. Sebagai pelajar, mereka sama-sama
bergantung kepada biasiswa atau pinjaman pelajaran atau duit belanja dari
keluarga masing-masing. Dalam pada itu, mungkin mereka merasakan susah untuk
mengelak dari berlaku zina di antara mereka. Maka penyelesaiannya ialah nikah
misyar, sehingga mereka tamat belajar dan mempunyai pekerjaan.[3]
Yang kedua, wanita
berkerjaya yang tidak mahu terikat dengan tanggungjawab kepada suami. Ada
wanita yang memilih untuk menumpukan masa dan tenaga untuk berjaya dalam
perniagaan atau kerjaya dan tak mahu tumpuan mereka dibantutkan oleh keperluan
memberi banyak masa untuk melayan suami. Tetapi, seperti wanita lain, mereka
juga mempunyai keinginan untuk disentuh oleh lelaki. Maka pernikahan cara ini
memberikan mereka jalan yang halal untuk memenuhi keperluan batin mereka.
Yang ketiga, wanita yang
inginkan anak sendiri tapi tak memerlukan kehadiran suami.Ada wanita yang ingin
mempunyai anak sendiri, tapi tak mahu kebebasannya disekat oleh seorang suami
yang selalu ada di sisi. Pernikahan cara ini membolehkan mereka mencapai
matlamat mereka.
Yang keempat, isteri kedua.
Ada wanita yang
sanggup melepaskan hak mereka untuk mendapat tempat tinggal atau duit nafkah
atau giliran bermalam asalkan dapat menikahi lelaki tertentu yang sudah menjadi
suami orang. Biasanya, keadaan begini tak bertahan lama. Sampai satu ketika,
wanita berkenaan akan merasa tak puas hati dengan kehidupannya seolah-olah
seperti perempuan simpanan, lalu dia menuntut haknya. Keadaan ini sering berakhir
dengan perceraian. Susah suami nak bagi hak bermalam kepada isteri kedua, sebab
isteri pertama, yang tak tahu pun dia bermadu, berkemungkinan besar tak dapat
menerima keadaan.
KOMENTAR HUJAH DAN PENDALILAN GOLONGAN PERTAMA
Alasan yang paling kuat bagi golongan ini terhadap
pandangan mereka ialah sempurnanya segala rukun dan syarat-syarat perkahwinan.
Maka perlu dijelaskan di sini tentang hukum nafkah dan bermalam. Adakah
kedua-dua hak ini boleh digugurkan dengan kehendak isteri itu sendiri dan
adakah syarat ini memberi sebarang kesan kepada kad yang dibuat.
HUKUM NAFQAH
Nafqah dalam perbahasan ini ialah nafkah isteri ke atas suami. “Segala
keperluan isteri ke atas suami dari segi harta untuk makan minum, pakaian,
tempat tinggal, hadanah dan lain-lain. Nafqah isteri adalah wajib ke atas
suaminya. Berkata Ibnu Qudamah:“Nafqah isteri wajib menurut al-Quran,
al-Sunnah dan ijma’”.Dalil wajibnya ialah firman Allah s.w.t. dalam surah
al-Talaq ayat7 yang bermaksud:
“Hendaklah
orang Yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa Yang di
sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa Yang diberikan
Allah kepadanya (sekadar Yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan
(sekadar kemampuan) Yang diberikan Allah kepadaNya. (orang-orang Yang Dalam
kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah
berlakunya kesusahan.
Surah al-Ahzab ayat
50 yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Kami telah mengetahui apa Yang Kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai
isteri-isteri mereka dan hamba-hamba perempuan Yang mereka miliki;”[4]
Dalam sebuah hadis riwayat
Muslim dalam sahihnya yang bermaksud:
“Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan perempuan, kamu
telah mengambil mereka dengan amanah daripada Allah, kehormatan mereka telah
dihalalkan bagi kamu juga dengan kalimah Allah, dan bagi mereka ke atas kamu
adalah makan minum mereka dan pakaian mereka dengan makruf.”Imam al-Nawawi telah
mensyarahkan hadis ini dengan mengatakan: “Padanya kewajipan nafkah
isteri dan pakaiannya, dan ini disepakati secara ijma’.Dari sudut Ijma’, telah sepakat ahlil Ilmi ke atas
kewajipan nafkah isteri ke atas suaminya.
HAK BERMALAM DAN ADIL ANTARA ISTERI-ISTERI
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ma’idah ayat 8 yang
bermaksud:
”Wahai orang-orang Yang beriman, hendaklah kamu semua
sentiasa menjadi orang-orang Yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi
menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu
kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. hendaklah kamu berlaku
adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. dan
bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui Dengan mendalam
akan apa Yang kamu lakukan.”Sekiranya
kamu takut tidak dapat berlaku adil maka cukuplah dengan satu sahaja. Firmannya
dalam surah al-Nisa’ ayat 3:
“Jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di
antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja,”
Rasulullah s.a.w. telah mengancam suami yang tidak
berlaku adil antara isteri-isterinya dengan sabdanya yang bermaksud:“Sekiranya
pada seorang suami itu ada dua orang isteri dan dia tidak berlaku adil antara
keduanya maka dia akan datang pada hari kiamat dengan bahunya senget sebelah.” Hadis
dari Abu Hurairah r.a. riwayat Abu Daud, al-Nasaei’, Ibnu Majah dan
al-Darimi.Wajib sama rata antara pembahagian giliran antara isteri-isteri
menurut kesepakatan ulama’ dan tidak ada perselisihan pandangan antara mereka
dalam kewajipan ini.Berkata Ibnu Taimiyyah: “Wajib berlaku adil di
antara dua orang isteri menurut kesepakatan ulama’.
HUKUM SYARAT DALAM
PERKAHWINAN INI
Kewajipan menyara isteri dari
sudut nafkah dan berhubungan secara makruf adalah kewajipan yang telah
ditetapkan oleh Allah s.w.t. ke atas suami sebagaimana Allah s.w.t. telah
mewajibkan ke atas isteri untuk taat kepada suaminya. Semua hak dan kewajipan
ini akan menjadi kenyataan dengan adanya akad perkahwinan yang sahih. Sekiranya
segala perkara yang terhasil dari akad perkahwinan yang sahih ini merupakan
kewajipan daripada Allah s.w.t. ke atas suami dan isteri, maka tidak boleh bagi
seseorang pun membuat apa-apa syarat yang menyalahi kewajipan yang difardukan
oleh Allah s.w.t. ke atas mereka.
Menurut pandangan ulama’
syarat-syarat yang terbatal pada sesuatu akad itu ada dua. Yang pertama, jenis syarat yang terbatal pada sesuatu akad. Yang
kedua, jenis syarat yang terbatal tetapi tidak membatalkan akad.[5]
Imam al-Nawawi ada menjelaskan
hal ini dalam kitabnya Raudah al-Talibin jilid yang ke tujuh
halaman 449, iaitu: “Jenis yang membatalkan akad itu ialah sekiranya
syarat yang dibuat menghalang berlakunya maksud tujuan pernikahan seperti mensyaratkan
talak setelah bernikah atau tidak melakukan persetubuhan setelah
bernikah. Adapun syarat
yang batil tetapi akad tetap menjadi sah sekiranya syarat yang dibuat tidak
menghalang maksud asal tujuan pernikahan. Contohnya isteri mensyaratkan dia boleh
keluar rumah mengikut kehendak dirinya atau disyaratkan supaya suaminya
menceraikan isterinya yang lain atau mensyaratkan tidak ada penggiliran bagi
isterinya atau nafkah.
Al-Malikiyyah mengatakan
pada syarat yang terbatal tetapi akad perkahwinan sah, sekiranya belum berlaku
persetubuhan maka hendaklah difasakh akad tersebut dan sekiranya telah berlaku
persetubuhan maka isteri layak mendapat mahar.
Perbincangan juga timbul dalam
permasalahan syarat ini sama ada ia dibuat semasa akad pernikahan dan dituliskan
dalam surat perjanjian pernikahan (wathiqah). Menurut mereka yang mengkaji
dalam permasalahan ini mereka mengatakan tidak menjadi kesalahan sekiranya ia
berlaku yang pentingnya ialah sifat syarat-syarat yang dibuat hendak lah dengan
merujuk kepada dua jenis syarat yang telah disebutkan sebelum ini.
PANDANGAN YANG RAJIH DALAM
PERKAHWINAN MISYAR
Yang pertama, akad perkahwinan
ini ada kecacatannya iaitu kita melihat secara zahirnya ia adalah akad yang
sahih kerana sempurna segala rukun dan syarat. Tetapi hakikat yang berlaku
antara pasangan bukanlah apa yang dikehendaki oleh syarak sebagai pasangan
suami isteri dan tidak pernah berlaku sebelum ini dalam sejarah mensyariatkan
perkahwinan menurut Islam.
Yang kedua, perkahwinan
ini bertentangan dengan tujuan al-Shari’ dalam mensyariatkan
perkahwinan dan tidak boleh bagi setiap mukallaf melakukan perkara yang
bertentangan dengan kehendak syarak secara sedar sama ada dalam perkara ibadah
dan semua jenis akad.
Yang ketiga, wajib kita menegah
perkahwinan ini kerana kefasadan yang akan lahir dalam institusi kekeluargaan
seterusnya masyarakat lebih-lebih lagi dalam suasana hari ini. Inilah yang
dinamakan dengan prinsip سد الذرائع.
Yang keempat, syarat-syarat
pada akad ini dikira sebagai akal yang terbatal dan isteri-isteri yang dinikahi
secara misyar boleh pada bila-bila masa menuntut hak mereka
seperti bermalam, nafkah dan keadilan dalam pembahagian dalam giliran.[6]
SOAL JAWAB
MENGENAI ISU PERNIKAHAN MISYAR OLEH USTAZAH SITI NORBAYAH MAHAMOOD DAN
MOHAMMAD NIDZAM ABDUL KADIR
SOALAN 1 : Sekarang ini heboh diperkatakan tentang nikah misyar. Apa
benda nikah misyar?
JAWAPAN 1 : Nikah misyar adalah nikah macam biasa yang menepati
rukun-rukun nikah dan syaratnya. Ia perlu kepada pengantin lelaki, pengantin
wanita, wali nikah, saksi dan ijab qabul.
Cumanya
dalam segi kehidupan rumah tangga sahaja, biasanya suami menyediakan rumah,
makanan dan pakaian. Dalam nikah misyar, semua perkara ini tidak disediakan
oleh suami. Isteri dengan rela hati menggugurkan kewajipan suami.
Adakah
ia harus? Nampaknya berdasrkan huraian para ulama’ dengan merujuk dengan rukun
nikah, nikah misyar adalah sah dan valid. Cuma isteri sahaja yang tidak
mahu menyusahkan suami tersayang. Janji abang sayang dengannya pun sudah OK.[7]
Sebenarnya
isteri boleh menggugurkan kewajipan suami. Kalau direnung sejarah silam zaman
Nabi S.A.W di mana isteri baginda, Sayyidah Saudah R.HA sudah agak berumur.
Oleh itu, beliau menggugurkan kewajipan giliran Nabi S.A.W untuk bermalam
dengannya lalu diberikan Aisyah R.HA..
Ada
cadangan dalam dunia pendidikan di mana pasangan yang bercinta sudah tentu
tidak mampu menanggung kehidupan rumah tangga. Tapi maksiat berleluasa
sana-sini. Apa salahnya jika pasangan ini bertoleransi dengan bernikah mengikut
konsep nikah misyar.
SOALAN 2 : Dalam nikah misyar suami tidak perlu memberi nafqah
kepada isteri. Kalau begitu, suami tentulah tidak lagi mempunyai kuasa sebagai
nahkoda kapal?
JAWAPAN 2: Jika suami tidak lagi memberi nafqah seperti rumah dan makanan, sudah
tentulah hilang taringnya dengan isteri. Ehem... sungguh juga kalau begitu.
Jadi adakah suami bukan lagi sebagai nahkoda.
Tidaklah sampai begitu. Dalam rumah tangga, suami tetap
sebagai nahkoda. Isteri pula sebagai pembantunya. Walaupun isteri telah
menggugurkan kewajipan suami, suami tetap berhak dan berkuasa sebagai nahkoda. [8]
Kuasa kepimpinan dalam rumah tangga adalah kurniaan
daripada Allah kepada suami. Mungkin lelaki sebagai suami ada kelebihan
tertentu dari aspek kesabaran, kepimpinan dan lebih cekal mengharungi
kesusahan. Suami juga dipertanggungjawabkan memberi nafqah bermula dari mas
kahwin dan nafqah yang lain. Cuma isteri sahaja yang bertoleransi dalam hal
ini. Firman Allah:
الرجال قومون على النسآء بما فضل الله بعضهم على بعض
وبمآ انفقوا من امولهم
Maksudnya: ”Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal
yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah
melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang
perempuan, dan membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”
(Surah al-Nisa’:34)
SOALAN 3 : Nikah misyar ini merupakan satu pengorbanan isteri kepada suami dari segi
nafqah. Tapi ada yang mengatakan bahawa orang lelaki akan mengambil kesempatan
terhadap wanita dalam nikah misyar?
JAWAPAN 3 : Persoalan lelaki mengambil kesempatan ke atas wanita
bukan terletak semata-mata kepada nikah misyar, bahkan dalam perkahwinan biasa
banyak juga kes lelaki yang begitu. Ia terletak kepada soal iman. Jika iman
lelaki adalah iman orang yang bertaqwa, dia tahu mana hadnya. Dia akan berusaha
memberi kemudahan kepada isteri walaupun isteri mampu menanggung diri sendiri.
Jika ada anak, dia akan bertanggungjawab kepada anaknya dan tidak menyerahkan
kepada isterinya sahaja.[9]
KESIMPULAN
Tidak dinafikan lagi, perkahwinan telah menjadikan
satu fitrah kehidupan manusia. Perkahwinan merupakan satu-satunya bagi
pembentukan keluarga dan kelahiran zuriat keturunan yang suci. Ia merupakaan
fitrah Ilahi dan salah satu sebab Allah S.W.T menciptakan manusia di muka bumi.
Di samping itu, perkahwinan juga merupakan hukum alam yang tidak boleh diubah
oleh sesiapa.
Islam memandang perkahwinan buakn semata-mata
sebagai cara untuk menyatukan seorang lelaki dengan seorang perempuan, dan
bukan pula memandangnya sebagai cara untuk memuaskan hawa nafsu. Islam
sebenarnya memandang perkahwinan jauh lebih mendalam dari semua itu, malah
lebih agung dan lebih mulia.[10]
Sememangnya terdapat banyak dalil sama ada daripada
al-Quran dan al-Sunnah yang menunjukkan bahawa perkahwinan merupakan satu
perkara yang sangat dituntut dalam Islam, tetapi hukumya tidak sampai kepada
pringkat wajib. Amalan hidup membujang tidak terdapat dalam syariat Islam.
RUJUKAN
1. AL-QURAN
TAJWID WARNA DAN TERJEMAHAN. HUMAIRA BOOKSTORE ENTERPRISE
2. FIKAH
KEKELUARGAAN. MOHAMAD SOM BIN SUJIMON / ABDUL BASIR BIN MOHAMAD. DITERBIT OLEH
IIUM PRESS. TAHUN CETAKAN 2009
3. SOAL
JAWAN REMEH – TEMEH ISU SEMASA TAPI ANDA MALU BERTANYA. SITI NOR BAHYAH
MAHAMOOD / MOHAMMAD NIDZAM ABDUL KADIR. DITERBIT OLEH TELAGA BIRU SDN BHD.
DICETAK OLEH DIGITPRESS SDN.BHD. TAHUN CETAKAN 2007
4. ISU
– ISU DALAM MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA. MAT SAAD ABD RAHMAN. DITERBIT OLEH IBOOK
PUBLICATION SDN. BHD. DICETAK OLEH TRADE XS SDN. BHD. TAHUN CETAKAN 2008
[1] ISU- ISU DALAM MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA. MAAT SAAT ABD RAHMAN. M/S 287
[2] FIKAH KEKELUARGAAN. MOHAMAD SOM BIN SUJIMON / ABDUL BASIR BIN
MOHMAMAD. M/S 160
[3] ISU – ISU DALAM MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA. MAAT SAAT ABD RAHMAN.
M/S 289
[4] AL – QURAN TAJWID WARNA DAN TERJEMAHAN
[5] FIKAH KEKELUARGAAN. MOHAMAD SOM BIN SUJIMON / ABDUL BASIR BIN
MOHAMMAD. M/S 170
[6] ISU – ISU SEMASA DALAM MASYARAKAT ISLAM MALAYSIA. MAAT SAAT ABD
RAHMAN. M/S 293
[7] SOAL JAWAB REMEH – TEMEH ISU TENTANG SEMASA TAPI ANDA MALU
BERTANYA. SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD / MOHAMMAD NIDZAM ABDUL KADIR. M/S 133
[8] SOAL JAWAB REMEH – TEMEH ISU TENTANG SEMASA TAPI ANDA MALU
BERTANYA. SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD / MOHAMMAD NIDZAM ABDUL KADIR. M/S 134
[9] SOAL JAWAB REMEH – TEMEH ISU TENTANG SEMASA TAPI ANDA MALU
BERTANYA. SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD / MOHAMMAD NIDZAM ABDUL KADIR. M/S 135

No comments:
Post a Comment